Early Childhood, Parenting

Sembang-sembang School Anak 1.0

Bulan ni si abang dah 3++ tahun. Patut tahun ni dah boleh masuk school. Tapi ummi duk pujuk-pujuk masuk school dia tak nak juga.

Jadi sementara tunggu masa dia nak pergi school, ummi kenalah dedahkan si abang dengan skill-skill yang sepatutnya dia boleh buat seiring dengan umur dia.

Ummi biasanya dedahkan dia skill-skill tu secara tak langsung je. Sambil main-main gitu. Macam masa ummi sidai baju, ummi bagi dia main basikal, sambil tu minta dia tolong sidai baju dia dan adik.

Hasil lipatan cik abang tu

Sekarang alhamdulillah banyak dia boleh buat. Sidai baju, lipat baju, lap air tumpah, sapu sampah, vacuum rumah, letak baju di tempat kotor, isi air dalam botol.. Banyak dah boleh harap kat si abang.

Besar dah anak ummi. Banyak boleh harap. Jaga adikpun ‘kadang-kadang’ boleh harap. Kadang-kadang sebab biasanya gaduh je 😅Aih, sebak pula ummi.

Ok abang, insyaAllah nanti ummi bincang untuk buat playgroup abang secara khusus dengan aunty Siti Salwa Marzuki. Boleh abang main sambil belajar dengan Aisyah. Nanti kita ajak Eusoff join sekali ye.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *