Bayi yang normal perlu menangis pada masa-masa tertentu. Bayi baru lahir dan sihat biasanya akan menangis sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Menangis adalah salah satu cara bayi berkomunikasi dengan ibu bapa atau penjaga mereka. Inilah cara mereka memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu. Oleh sebab bayi tidak mampu untuk berbuat sesuatu untuk diri sendiri, jadi bayi perlu menangis untuk memberitahu ibu ayah atau penjaga untuk memberikan mereka makanan bila lapar, menukar lampin bila basah atau penuh, menyejukkan mereka bila panas dan beri keselesaan yang mereka perlukan.

Sebagai ibu atau bapa baru, anda tentu merasa bimbang menghadapi bayi baru lahir yang menangis, dan semakin panik bila bayi anda masih menangis walaupun sudah menyusu, lampin masih bersih dan tidak mahu tidur. Melayan bayi menangis boleh menjadi sangat meletihkan dan menguji kesabaran serta stamina ibu bapa.

Mengikut konsultant tangisan bayi, Puan Uswatun Hasanah di dalam status facebooknya baby language

Menangis adalah reflek. Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 refleks. Menangis adalah salah satu darinya. Dan menangis kekal sebagai refleks sehingga sekitar 4-5 bulan usia bayi sebelum menangis bertukar menjadi tindakan sukarela (voluntary act). Untuk yang tidak tahu, reflek adalah tindakan luar sedar setelah adanya rangsangan. Dalam erti kata lain, bila badan bayi mengesan sesuatu rangsangan seperti lapar, tak selesa, letih dan lain-lain, tangisan akan dicetuskan serta merta. Ia bukan dibuat-buat oleh bayi kecil.

– PUAN USWATUN HASANAH, KONSULTAN TANGISAN BAYI MALAYSIA

Menurut Puan Priscilla Dunstan, Pengasas Dunstan Baby Language, ada 5 jenis tangisan bayi. Jenis-jenis tangisan bayi ini menjelaskan kenapa seseorang bayi itu menangis. Tangisan-tangisan tersebut berbeza pada bunyinya dan ibubapa boleh membezakannya dengan mendengar tangisan anak mereka dengan teliti.

Jenis Pertama : Neh

Bayi akan membuat tangisan yang berbunyi ‘neh’ bila mereka. Jadi Ibubapa yang mendengar boleh memberikan susu untuk memenuhi keperluan mereka.

Jenis Kedua : Owh

Tangisan berbunyi ‘owh’ bermaksud: “saya mengantuk, tolong tidurkan saya”. Bunyi ini terjadi kerana refleks mulut berbentuk bujur semasa menguap. Ibubapa boleh segera tidurkan bayi anda bila mendengar bunyi owh. Balm sleep time dan calm time boleh membantu anak-anak tidur dengan lebih lena.

Jenis Ketiga : Heh

Bayi membuat bunyi heh semasa menangis bila merasa tidak selesa. Ibubapa yang prihatin boleh memeriksa lampin bayi atau suhu bilik sebagai respon untuk tangisan bayi tadi. Jika tidak menjumpai punca bayi menangis, boleh cuba sapu balm calm time untuk memberi ketenangan kepada bayi.

Ibubapa boleh membezakan bunyi heh dan neh bila huruf h lebih ditekankan semasa bayi menangis.

Jenis Keempat : Eairh

Bayi menangis dengan bunyi eairh bermaksud, “ada angin dalam perut saya, tolongg”. Cuba anda buat bunyi eairh, sudah semestinya anda akan perasan bahawa itu adalah bunyi seseorang yang ingin membuang gas, betul kan?

Cuba anda dengar tangisan bayi yang kembung, memang berbunyi beginikan. Anda boleh segera sapukan balm trub dan buat urutan I Love You untuk meredakan dan mengeluarkan angin di perut dan bahagian abdomen bawah bayi.

Jenis Kelima : Eh

Jenis yang terakhir ialah tangisan untuk mengeluarkan angin di saluran pernafasan. Kebiasaannya bayi akan berhent menangis selepas disendawakan

Untuk lebih jelas, ibubapa prihatin boleh menonton video di bawah