Healthy Tips, Parenting

5 Makanan dari Dapur yang boleh Mencairkan Kahak

Seringkali bila Asiyah dapat batuk dan selsema, Asiyah memang akan cuba bermacam kaedah longgarkan kahak dan kurangkan batuk dari bahan dalam rumah dulu sebelum Asiyah pergi kepada pilihan terakhir ambil ubat batuk dari doktor.

Bukan apa, Asiyah kalau boleh nak bagi antibodi Asiyah bekerja dulu dalam sehari dua, baru kemudian ke klinik kalau dah tak tahan sangat batuk sampai terkucil.

Biasanya Asiyah akan amalkan minum minuman berikut :

Pertama : Air suam.

Air suam nilah yang paling mudah sekali di dapati dan tanpa menggunakan apa-apa kos. Asiyah akan perbanyakkan meminum air suam sebab bila kurang cecair di dalam badan kita boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Air suam akan membantu untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap.

Air yang paling banyak khasiat

Kedua : Lemon.

Jus lemon ni boleh membantu mencairkan kahak di dalam rongga tekak. Lemon juga merupakan makanan yang bersifat asidik yang kaya dengan vitamin C untuk memperkuatkan pertahanan badan kita.

Ketiga : Madu.

Madu ni merupakan makanan yang bersifat antioksidan yang kuat dan anti-inflamasi. Bancuhkan sedikit madu bersama air suam dan minum setiap hari sehingga kahak anda hilang. Ianya membantu merawat tekak anda yang sedang perit dan membunuh bakteria yang terdapat pada kahak.

Air lemon madu untuk cairkan kahak

Selain tu juga, Asiyah akan buat bancuhan madu dengan lemon kerana khasiat kedua-duanya. Senang sahaja, hanya bancuhkan 2 sudu teh madu ke dalam air suam dan perahan lemon.

Keempat : Minyak Habbatussauda/Blackseeed Oil.

Semasa Asiyah mengandung anak kedua dan mengalami batuk yang teruk, Asiyah memang mengambil minyak habbatusaauda’ yang dalam gel tu sekali pagi dan sekali petang.

Kajian terhadap jintan hitam ni sudah dijalankan sejak zaman ibnu sina lagi. Jintan Hitam atau habbatussauda ni seperti juga madu pernah di rakam dalam hadith mampu menyembuhkan penyakit kecuali mati.

Biji habbatussauda’/blackseed oil yang original

Mengikut kajian masa kini, habbatussauda’ ni boleh meningkatkan daya tahan badan terhadap sakit. Bahan ekstrak habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai “bio-regulator’.

Kelima : Tepuk percussion.

Selepas mencuba semua kaedah di atas, boleh minta suami, ibu atau ayah atau kawan untuk tepuk percussion belakang anda. Bentukkan tapak tangan seperti ‘cupping’ atau C dan tepuk perlahan dan berrentak di bahagian tulang rusuk. Tepuk selama 1 – 2 minit di bahagian tulang rusuk tu.

Di bawah ada ditunjukkan cara tepuk percussion untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

 

Selamat mencuba!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *