Yeh, kembali lagi kita dalam rancangan resepi-resepi memasak..siapa yang suka makan cendawan, angkat tangan! 🙂Kali ini saya mahu kongsi resepi cendawan goreng yang mudah, sedap dan marvellous…
Resepi ni saya reka sendiri dari campuran beberapa resepi yang ada di internet. Alang-alang dah ada cendawan di rumah, jadi search resepi masak cendawan yang ringkas dan senang buat. Hasilnya, inilah dia….
Oh ya, kalau anda minat cendawan goreng yang crispy, boleh cuba resepi cendawan goreng krup krap krup krap ni.
Mari kita tengok resepinya ^^,
Cendawan Goreng Mudah, Sedap dan Marvellous
Resepi : Jass House
Dapur : Jass House
Bahan-bahan;
2 genggam tangan cendawan tiram
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1 sudu planta
sedikit garam.
Cara-caranya;Â
1. Bersihkan cendawan tiram. Carikkan cendawan tu supaya cendawan tu tak besar dan tak kecil sangat ye. Lepas cendawan tu dah dicarik-carikkan, perah cendawan tu bagi air basuhan tadi tu keluar..
2. Pecahkan telur dan gaul telur tu supaya telur kuning dan telur putih sebati..
3. Masukkan cendawan, tepung gandum, tepung jagung, planta dan garam dan kacau rata…
4. Goreng cendawan tu dengan api panas tau…bila cendawan tu dah kekuningan, bolehlah di angkat dan dihidang 🙂 Nyum, nyum..
Ni gambar cendawan goreng saya yang telah siap dimasak 🙂

Ok, selamat beraksi di dapur…