Harini plan nak masak cendawan goreng krup krap krup krap la. Alang-alang semalam dah beli bahan pelengkap nak masak cendawan goreng yang maveles ni.

Nipun sebenarnya Asiyah nak habiskan cendawan tiram yang beli haritu. Ada satu plastik beg beras lagi cendawan tiram belum masak dalam peti ais tu ha. Alamatnya hari-hari pesta cendawan pagi petang siang malam la. Dulu masa awal-awal kahwin Asiyah pernah juga buat cendawan goreng. Tapi cara dia lain sikit dari yang ini. Bagi yang minat cendawan goreng yang tak crispy, boleh tengok resepi di sini.

Kalini, resepi yang Asiyah bagi ni memang resepi cendawan goreng yang crispy, maveles. Haih, dah bercakap ni tak ingat nak bagi resepi pulak. Ni ha resepi mavelesnya. Sumber google ke dapur Azie (AzieĀ Kitchen) yang dah diubah ikut sukahati berulam bintang.

Bahan:
Cendawan tiram yang belum masak
Tepung jagung 3 sudu meja
Tepung beras 1 cawan minum
Garam sesuka hati
Kunyit sesedap lidah
Air semestinya agak-agak je
Minyak ofkos
Eh, lupa 1 biji telur ayam yang sihat

Ok, selanjutnya cuba tengok je lah gambar kat bawah ye.

 

 

 

 

 

 

 

Cuci cendawan tiram dengan air mutlak sesuci cucinya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masukkan semua bahan satu persatu sambil selawat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masukkan air mutlak tadi secukupnya. Kacau lawan arah jam guna sudu yang sama warna dengan bekas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lepas tu, ofkos masukkan cendawan tiram yang dah dicuci tau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Goreng cendawan sampai tenggelam, bagi dia garing sikit

 

 

 

 

 

 

 

Last but not forget, angkat cendawan tu dan toskan. Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan nasi yang panas. Maveles. Adus, dah meleleh air liur.

Ok bye, nak masak cendawan. Selamat mencuba!