Dekorasi, Karpet

Dekorasi Elegan : Pilih Saiz Karpet Yang Betul

“Ala, tak ngam la saiznya”

Pernah tak korang terfikir atau tersebut perkataan di atas?

Personally, saya sendiri sebelum buat bacaan ilmu dekorasi ni, memang dah beberapa kali beli saiz karpet yang salah. Lepas tu, hampar je lah karpet tu. Mata ni buat-buat tutup je lah, ‘kecacatan’ deko ruang tu.

 

Actually, nak beli karpet ni, ada beberapa perkara yang kita nak kena pertimbangkan supaya karpet yang dibeli, masuk dalam dekorasi sesuatu ruang tu. Kalau nak tahu kriteria tu, boleh klik sini. Jadi, dalam posting ni, saya nak share tentang macammana nak tentukan saiz karpet yang betul supaya rumah kita nampak elegan.

 

Saya buat penjelasan mengikut ruang dalam rumah ye.

1. Ruang Tamu

Sebenarnya, ada 2 cara untuk kita susun perabot dan karpet di ruang tamu dengan cara yang betul. Ok, tengok gambar ni ya.

Pertama : Semua keseluruhan perabot diletak atas karpet.

Perabot yang dimaksudkan di sini ialah sofa dan coffee table. Meja tv tu, kalau tak letak atas karpetpun tak apa.

Pilihan saiz karpetpun sebenarnya bergantung pada tujuan kita. Kalau untuk keselesaan terutamanya daripada sejuk lantai, makanya, dekorasi dan saiz ni lebih memenuhi tujuan kita tadi 🙂

Di ada beberapa contoh dekorasi untuk kaedah  yang pertama ni.

 

Kedua : Dua kaki perabot diletak atas karpet.

Design begini sesuai untuk ruangan yang kecil. Kita tak perlu beli karpet untuk penuhi semua ruang lantai. Beli yang sedang dan sesuai dengan ruang tamu rumah kita. Ok, mari kita lihat contoh dekorasi karpet jenis ini.

 

Dekorasi yang salah.

Rupa-rupanya ada juga dekorasi karpet yang salah. Biasanya sebab saiz karpet yang tidak padan. Tapi jangan terkejut, sebabnya, dekorasi jenis ini yang ramai orang buat. Jom check it out.

 

Haa kan saya dah kata, ramai sangat yang buat deko begini. Cuba banding gambar deko karpet yang bawah ni dengan yang atas, mana yang lebih ‘sedap mata memandang’.

 

Rasa macam ada ‘something wrong somewhere’ kan. Takpe, kita dah tahu sekarang, lepas ni kita boleh cuba tip-tip yang saya bagi untuk beli karpet yang sesuai untuk dekorasi rumah anda.

 

2. Ruang Makan

Meletakkan karpet di ruang makan ni sebenarnya merupakan satu dekorasi juga selain nak mengelakkan sisa makanan bertaburan ke bahagian lain dalam rumah. Saiz karpet di ruang makan yang betul ialah ianya lebih besar dari meja makan dan kerusi masih di atas karpet bila di tarik keluar. Sini saya tunjuk :

Saiz ni hanya panduan. Boleh dapatkan saiz yang tepat dengan mengukur saiz ruang makan anda

 

Mari kita tengok contoh-contoh yang menarik. Pasti anda tertarik 🙂

 

3. Bilik Tidur

Sini ada beberapa panduan memilih karpet yang sesuai dengan bilik tidur. Ia sebenarnya bergantung kepada tujuan anda meletakkan karpet di bilik tidur ataupun citarasa dekorasi anda. Guideline bawah ni boleh guna untuk katil jenis Queen. Tapi boleh juga digunakan untuk katil bersaiz king. Cumanya, saiz yang tertera hendaklah beli besar sikit.

Seperti biasa, saya tampal sini contoh bagi keempat-empat dekorasi.

contoh 1

 

contoh 2

 

contoh 3
contoh 4

 

4. Hallway

Untuk hallway, karpet dicadangkan agar tidak penuh memenuhi ruang sehingga ke tepi dinding. Beri ruang sebesar 1 kaki di tepi dinding tanpa karpet.

 

Sekian perkongsian dari saya, semoga anda mendapat beberapa ilham dan idea memilih karpet agar dekorasi rumah anda nampak tenang, elegan dan menawan. Mesti rasa seronok dan nyaman tinggal dalam rumah bersama keluarga tersayang 🙂

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *