Healthy Tips, Parenting

Kenapa Perlu Bagi Bayi Baru Lahir Susu Ibu?

Pengalaman saya selepas bersalinkan anak kedua tinggal di wad nicu 2 di hospital likas betul-betul membuatkan keinginan saya untuk mengambil sijil menjadi konsultan laktasi begitu tinggi. Masa anak saya admit hospital, memang kebanyakkan ibu-ibu yang berada di wad sana adalah kerana menemani anak yang di masukkan ke wad sebab bacaan kuning yang tinggi.

Hanya ada beberapa kes sahaja yang lain dari yang lain termasuk kes anak saya. Tinggal selama 2 hari 1 malam cukup untuk saya katakan kebanyakan ibu ibu baru atau beberapa yang lama kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Rasa sedih sangat bila saya tak berapa dapat tolong ibu-ibu yang kekurangan ilmu tentang penyusuan susu ibu.

Ada beberapa kes di sebelah saya :

  1. Ibu hampir demam sebab bengkak susu. Tak mampu susukan anak sebab tak larat dan takut anak dijangkiti demam kerana menyusu darinya yang demam. Anak ini ialah keduanya.
  2. Susu keluar sedikit, jadi risau anak tak cukup susu. Anak ni merupakan anak pertamanya.
  3. Anak tidur sahaja, tidak menyusu dan menangis. (Rasanya ni sebab ada masalah lain. Jiran saya ni bukan orang Malaysia)

Jadi di laman jasshouse ini saya ingin berkongsi serba sedikit ilmu dan pengalaman saya tentang penyusuan susu ibu. Semoga perkongsian saya ini akan menaikkan semangat ibu-ibu untuk menjalankan penyusuan eksklusif pada bayi selama 6 bulan mengikut kemampuan yang diusahakan.

Sebelum memulakan penyusuan, kebaikan-kebaikan susu ibu kepada bayi dan ibu itu sendiri.

 

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari
  • Menjimatkan masa, wang dan mudah

 

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi

  • Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit) yang dihasilkan oleh badan ibu
  • Mempunyai komposisi zat makanan yang cukup dan suhu yang sesuai
  • Mengurangkan risiko alahan

 

Di sini saya bawakan beberapa kepentingan penyusuan awal susu ibu dan penyusuan eksklusif sehingga 6 bulan.

 

Kepentingan Permulaan Awal Penyusuan Susu Ibu

  • Penting untuk merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu ibu yang cepat dan berterusan
  • Bayi mempunyai naluri hisapan yang kuat selepas lahir
  • Bayi mendapat kolustrom (imunisasi pertama) dari susu ibu.
Beza warna kolustrum dan susu matang.

 

Kepentingan Penyusuan Eksklusif (Sepenuhnya) Susu Ibu Selama 6 Bulan

  • Kandungan zat dalam susu ibu mencukupi untuk pertumbuhan bayi sehingga 6 bulan
  • Sistem pencernaan dan penghadaman bayi masih belum matang untuk proseskan makanan/minuman selain susu ibu
  • Dapat memastikan penyerapan zat besi yang optimum dari susu ibu.

 

Bayi bawah 6 bulan hanya perlu diberi susu sahaja. Mereka tidak memerlukan air masak atau apa-apa jenis air yang lain sebagai penghilang dahaga. Kalau nak tahu, susu ibu sendiri dapat bertindak sebagai air dan makanan bagi bayi bawah 6 bulan. Saya ada cerita tentang komposisi susu ibu di sini.

Di sini saya listkan 3 bahaya pemberian air kepada bayi bawah 6 bulan.

 

Bahaya Pemberian Air Kepada Bayi Bawah 6 Bulan

  • Menghakis salutan pelindung penyakit
  • Pembawa kuman jika tidak bersih
  • Meningkatkan risiko keracunan air

 

Seterusnya saya akan cuba kongsikan cara penyusuan susu ibu bagi bayi baru lahir dan beberapa tips penting memperbanyakkan air susu.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *