Tazkeerah

Kuasa Doa dan Yakin

 

Suatu hari, saya dan suami pergi berjalan-jalan meluangkan masa berkualiti bersama. Destinasi kami waktu itu adalah ke Sabah Farm Tea di Ranau, Sabah. Memang bertabahlah kami menaiki si Mujahid Viva Palestina milik suamiku itu bermula dari simpang masuk ke Sabah Farm Tea tu sehingga ke farm tu sendiri. Haha, kenapa saya cakap bertabah? Sebab, jalannya bukan bertar @ aspal bak kata orang Sabah, tapi jalan bertanah merah diletak batu-batu sungai yang besar dan licin tu…

Selepas lebih kurang 20-30 minit, kamipun sampai ke office Sabah Farm Tea tu. Waktu kami dah hampir sampai, langit dah mula gelap, macam nak hujan.

mendung gelap macam dalam gambar ni

Lepas tu berlakulah perbualan ini;

Saya : Abang, dah nak hujanlah…macammana nak ambil gambar ni?

Suami : Kita doalah supaya tak hujan..*kamipun berdoa agar tak hujan dan kami sempat mengambil                                                                  gambar*

Lepas doa, kamipun sampai ke office, selepas tulis nama, sayapun dengan lajunya berjalan ke ladang teh tu. Yela, dah nak hujan. Eh, bukan dah nak, tapi dah hujan rintikpun. Sayapun segera menggesa suami saya yang masih sempat lagi nak membaca artikel-artikel yang ada di ladang itu. Maka, terjadilah perbualan di bawah;

Saya : Abang, cepatlah, dah nak hujan..nanti tak dapat tangkap gambar..

Suami : Tak hujan, insyaAllah..

Saya : Kenapa tak hujan pulak, ni dah hujan rintik-rintik dah ni..langitpun dah gelap sangat tu..

Suami : Tak hujan punya, insyaAllah…kan kita dah doa tadi…

haaa, lepas saya dengar ayat terakhir suami saya tu, terus terasa zzaaapp, macam ada batu yang menghempap saya…tazkirah sekejap untuk saya..tapi of course saya simpan dalam hati je, tapi mulut menjawab gak…haha

But, you guess what, memang tak jadi hujanpun! Awan yang sangat gelap yang tunggu masa untuk memuntahkan hujan tu dengan lancar dan bangganya bergerak ke tempat lain…. Bila tak jadi hujan tu, lagila saya rasa zzaaaaaappppp dalam hati, sambil berkata kepada suami saya; “Aahla bang, tak hujan pun”. Dan suami sayapun berkata; “Kan abang dah cakap…”

Suasana masa saya bergambar. Cerahkan langit?

Kita sebagai manusia seringkali meletakkan rasional akal kita yang utama dalam berdoa. Adakalanya, walaupun kita berdoa, tapi kita masih meletakkan ‘barier’ dalam berdoa. Di dalam keadaan di atas, saya seakan-akan baru tersedar tentang kuasa berdoa dalam kehidupan seharian dan kuasa yakin terhadap doa yang dipanjatkan walaupun kita rasa apa yang kita doakan tu perkara kecil je. -Walaupun saya tahu sangat kesan berdoa dengan yakin, memang doa kita akan dimakbulkanNya. Tapi ni first time rasa & lihat kesan keyakinan yang doa kita akan dimakbulkan walaupun apa yang kita doa tu benda kecil macam “janganlah hujan” atau “harap-harap hujan” atau “harap-harap bos tak marah”…

Teringat Ayat Al-Quran pasal berdoa ni

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu…..” (Surah Al-Mu’min, 40 : 60)

Last but not least, betullah “Doa itu senjata Mukmin”..Pengajaran yang sangat bermakna untuk diri ini. Thanks suamiku..

 

*p/s : Eh, walaupun apa yang kita doa tu kecil pada pandangan mata kita, tapi still adab-adab berdoa jangan diabaikan ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *