Delicious Plate

Nasi Tomato Mudah dan Sedap

Malam semalam, rumah kami menerima tetamu lagi. Kali ini, tetamu dari kalangan keluarga suami pula. Mereka ni bertaraf anak saudara kepada suami (kalau ikut betul-betul, mereka kiranya anak sepupu-anak kepada sepupu suami). Dah besar-besar mereka ni, bujang & dara gitu. Mereka ni kiranya dua orang sahaja yang duduk berdekatan dengan kami, yang lain-lain kebanyakannya di Tawau. Jadi, semalam kami ajak mereka berbuka puasa dirumah kami disamping menjalin silaturrahim dengan mereka. Ini first time saya jumpa mereka 🙂

 

Oleh kerana tetamu kitapun istimewa, jadi saya masakkan masakan istimewa sikitlah untuk berbuka puasa..jeng jeng jeng..iaitu, nasi tomato..istimewakan?

oh, ini juga pertama kali saya masak nasi tomato…saya selalu masak nasi ayam dan nasi lemak je..dan las but not least, nasi putih 🙂

 

Mari saya kasi tunjuk resepi nasi tomato yang saya buat pertama kali 🙂 Saya dapat resepi ni dari blog Dapur mamasya. berbanyak-banyak terima kasih kepada mamasya sebab kongsi resepi yang marvellous ni! Ok, ni dia resepinya..

 

Nasi tomato 
Sumber; Dapur Mamasya
Oleh ; Dapur Jasshouse

Bahan-bahan ( 4~5org )
4cwn beras(dibersih dan ditoskn) [saya guna 4 1/2 cawan]
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin) [saya guna Planta -letak 8 sb*] 
2 kuntum bunga cengkih
1/2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis [saya letak 3 yang besar je, sebab kayu manis tak cukup kat rumah]
1 biji bawang besar dicincang
160g tomato puree (dlm tin) [saya letak dalam 5 sb] 
1.8 leter air rebusan ayam yang cair[saya tak ukurpun, main agak-agak je beras tu guna berapa banyak air]
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional) [saya tak letak, saya letak bawang goreng sebab silap baca..haha]
bahan kisar atau ditumbuk: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia(saya guna 1 inci) 
*sb- sudu besar

 

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Kecilkan api dan tuangkan tomato puree [saya dengan senag hatinya menambah juga tomato buah 1 biji dipotong 6]. Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dalam beras sebentar.
5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng. [guna periuk nasi terus, senang]

 

Kelamkabut juga pertama kali buat, yelah, mula masak hampir masuk asar. Nak sedia bahan tu yang lama, sebab setiap satu masakan perlu sedia macam-macam. Tapi alhamdulillah, mereka suka je makan nasi tomato ni. Bak kata Kiki (anak sedara saya tu :)), dia sebenarnya teringin makan nasi tomato..seronok dia datang rumah kami dapat apa yang dicitakan tu. Itulah namanya rezeki, kalau memang kita berdoa, minta pada Allah dengan sungguh-sungguh, insyaAllah Allah akan kabulkan.

Ok, berbalik pada menu kita, saya masak nasi tomato ni dengan ayam masak merah madu dan acar timun dan carrot. Alhamdulillah berjaya siap masak sebelum berbuka (bersyukur ada asisstant yang berdedikasi :)). ok, tadaa…inilah nasi tomato jasshouse 🙂

DSC_0048(1)

ok, selamat mencuba!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *