Dekorasi, Karpet

RUMAH NAMPAK ELEGAN DENGAN PILIHAN KARPET YANG TEPAT. MAHU TAHU TIPSNYA?

1. Pemilihan saiz

Saiz karpet ni sebenarnya bergantung tujuan karpet tu dibeli.

a. Kalau karpet tu untuk keselesaan, dicadangkan saiz yang lebih besar supaya boleh cover lantai semaksimum mungkin. Jadi, perabot sesuai disusun atas karpet.



b. Jika bertujuan dekorasi dan penentuan ruang, pilih saiz yang sesuai dengan luas ruang tersebut dan boleh berfungsi sebagai penggabung perabot di ruang tersebut.

2. Pemilihan warna dan corak

Ada beberapa kriteria yang kita boleh ambil kira bila nak pilih wana dan corak karpet.

a. Warna dan corak karpet boleh dipadankan dengan perabot dan aksesori yang ada.

b. Cadangan untuk dekorasi bermotif minimalis, karpet boleh pilih apa-apa corak dan warna yang menarik, asalkan tidak banyak motif.

c. Untuk ruangan yang penuh, pilih karpet bermotif 1 warna sahaja.

d. Ruang yang lapang pula, boleh pilih kombinasi warna dan corak yang sesuai dengan fungsi ruang tu. Contoh bilik tidur, boleh guna warna yang lembut dan terang.

3. Tekstur karpet.

Cari karpet yang mudah dijaga dan tahan lama. Untuk elak apa-apa kemalangan, pilih karpet yang tak mudah bergerak dan tak licin.


Pilihan karpet yang tepat akan memberi aura nyaman dan damai dalam rumah. Barulah tepat slogan ‘rumahku, syurgaku’.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *