Sleep Time Balm, Tasneem Naturel

Sleep Time Balm, Kisah Jatuh Cinta!

Ada yang minta Asiyah kongsikan macammana asiyah boleh terjebak dengan Tasneem Naturel. Kisahnya bermula masa Asiyah dalam pantang anak kedua. Kalau tak silap, umur anak dalam 2 minggu lebih macam tu. Anak Asiyah dapat selsema, berjangkit dari abangnya.

Ya Allah hati mana yang tak risau bila anak tak sampai sebulan kena selsema siap hidung macam tersumbat lagi. Sob sob. Alhamdulillah masatu ada kawan yang hadiahkan penyedut hingus baby, memang berguna sangatlah. Setiap pagi mesti sedut. Lepastu bila anak terbersin dan terkeluar lagi hingus yang banyak, hati memang girang habis la.

Dalam pada tu, Asiyah terbaca satu posting dari puan Salwa Salleh, pasal balm tasneem ni. Lepas tu, terus saya contact kawan yang jual balm ni. Asiyah beli satu set terus sebab tengah offer.

Masa sampai tu, sapu-sapu balm alhamdulillah baik selsema anak. Tapi masa tu tak teruja sangat, sebab memang anak punya selsema dah hampir baik.

Start rasa wow wow wee dengan balm ni bila Asiyah guna balm sleep time. Lepas pantang, memang Asiyah rutinkan anak-anak tidur sekejap masa pagi. Selalunya, anak sulung asiyah yang aktif ni susah nak tidur, yelah, anak tengah membesarkan. Jadi, bila dah lepas makan dan dah zohor macam tu, Asiyah sapu balm sleep kat dia. Alhamdulillah, tanpa gagal, memang dia akan menyerah kalah dan tidur juga akhirnya.

Lepas tu, Asiyah ada cuba balm dekat diri sendiri dan suami juga, tak sampai 10 minit lepas sapu, terus kami masing-masing menguap huhuhu. Malam tu tidur lena betul lah kami sampai subuh. Alhamdulillah.

Banyak lagi kisah-kisah lain dengan balm-balm lain. Yang tu kita cerita lain kali ya.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *