Parenting

Tips Ajak Anak Keluar Tandas Tanpa Memaksa

Anak-anak asiyah memang suka sangat main air dalam bilik mandi.

Bukan takat main air je, siap bawa mainan dan seangkatan dengannya lagi. 
Pernah satu masa, Asiyah sampai stress nak ajak si abang keluar toilet. Jadi Asiyah cubalah beberapa tips ni. Alhamdulillah sekarang dah tak stress-stress dah.

 

1. Tetapkan tempoh.


Sebelum masuk tandas untuk mandi, biasanya Asiyah bagitau dulu berapa lama diorang boleh mandi. 5 minit?. 10 minit?. Yang penting, kena bagi masa diorang main juga walaupun sekadar 1 minit.


2. Ingatkan semula berapa lagi masa tinggal.


Lepas 5 minit macam tu, Asiyah akan ingatkan semula diorang ada berapa minit lagi.


3. Buat Kiraan Countdown


Bila dah hampir tamat masa, biasa Asiyah akan buat kiraan countdown dari 1 -10. Bila anak dah umur setahun Asiyah dah start konsisten guna tips ni.


4. Lambaian terakhir


Tips ni Asiyah buat dari anak kecil lagi dalam 6 bulan macam tu. Bila nak keluar tandas, suruh dia ‘bye bye toilet’


5. Minta tengok jari.


Ni last yang Asiyah buat kalau diorang tak nak keluar jugak. Asiyah minta dia tengok jari sendiri yang dah kecut. Biasanya lepas tu mesti terus nak keluar.

Mudah je kan sebenarnya. Oh ya, lupa tips paling penting, KONSISTEN.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *