Healthy Tips, Parenting

3 Tips Bersenam Bersama Anak Kecil

Selalunya bila ibu-ibu ada anak kecil susah untuk pergi bersenam. Sini saya share beberapa tips bersenam bersama anak.

 

Tip 1 Ibu-ibu Anak Kecil Pergi Bersenam : Memakai Carrier Bagi Anak Bawah Setahun

Ibu-ibu boleh cuba pakai carrier. Pastikan carrier yang ibu-ibu pakai tu, ergonomic agar badan ibu-ibu tak sakit dan anakpun selesa. Untung-untung anak boleh tidur masa ibu-ibu jogging.

Kata orang, kalau kita jalan sambil dukung baby, kalori terbakar lagi banyak. Jadi, ibu-ibu boleh cuba jalan-jalan keliling taman seround atau dua. Tapi kena buat dengan mood bahagia tau, baru hormon bahagia yang dirembeskanĀ šŸ˜‡

 

Tip 2 Ibu-ibu Anak Kecil Pergi Bersenam : Keluar Rumah Lebih Awal

Kita kena keluar rumah awal tau. Lepas tu, kena sentiasa setkan dalam kepala yang tempoh masa kita bersenam ni bertambah 2 ke 3 kali ganda dari masa kita single mingle dulu-dulu tu. Kalau dulu setengah jam, sekarang boleh sampai sejam ke sejam setengah taww. Punyalah dedikasi kita, kan, kan?

 

Tips 3 Ibu-ibu Anak Kecil Pergi Bersenam : Pergi ke tempat yang luas dan kurang orang.

Pengalaman anak berjangkit kena HFMD dari taman permainan adalah sesuatu yang memeritkan. Sekarang saya lebih berhati-hati dalam memilih suasana bermain anak. Selain terdedah kepada penyakit, potensi untuk anak bermain di satu-satu permainan tu kurang bila terdapat ramai sangat budak. Macam haritu anak saya tengah naik tangga untuk ke tempat tinggi, ada lagi budak-budak lain yang naik di belakang dan depan dia…fuhhh, kami ni suspen je, risau anak terlepas tangan dan tak nak naik sebab tu percubaan pertama yang dia betul-betul berani naik atas. Alhamdulillah selamat.

 

Akhir kata, semoga anak-anak kita tak jadi penghalang untuk kita kekal cergas. Anak adalah amanah, bukan bebanan. Jom tanam azam nak bersenam bersama anak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Caiyok!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *