Early Childhood, Parenting

Tips Potty Train 1.0

Tahun lepas, pengalaman pertama ummi toilet train anak ummi. Ummi mula toilet train si abang umur 3 tahun 2 bulan lebih. Asalnya nak mula masa si abang umur 3 tahun,in si abang, tapi tak jadi. Kenapa tak jadi? Sebab utama, ummi tengok emosi si abang macam tak bersedia lagi.

Masa si abang  umur 3 tahun memang agak tak stabil. Sebab dahlah berjauhan dengan walid, pastu ummi hantar abang ke school jaddati pulak. Bila walid dah balik, kami pindah rumah pula.

Jadinya, masa umur abang 3 tahun 2 bulan lebih tulah masa yang paling sesuai mengikut firasat ummi. cewah~

Ok, ni ada beberapa tips nak toilet train anak-anak mengikut pengalaman ummi yang pertama ni & nasihat orang yang lebih pengalaman:

 

1. Pastikan anak dan ibu sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi.

Ni tips yang paling penting tau. Takleh emosi anak je bersedia. Emosi ibu lagi berkali-kali ganda kena bersedia, supaya ibu tak bertukar hijau ^^,

 

2. Mood anak adalah yang terpenting.

Sebaiknya, anak dalam mood gembira. Kalau sedih dan takut, biasanya akan drag masa/ tempoh toilet train nanti.

 

3. Sebaiknya mula bila anak sudah pandai berkomunikasi.

Anak boleh bagitau yang dia nak melabur air besar atau air kecil. Cara berkomunikasi tu terpulang pada keadaan anak. Kalau anak yang normal, sebaiknya masa mereka pandai bercakap. Kalau anak istimewa, biasanya kena tengok samada mereka dah pandai  bagi sign/ isyarat  atau tidak.

 

4. Masa yang sesuai untuk normal child : 2 tahun setengah hingga 3 tahun setengah.

Sebelum masuk sekolahlah yang penting.

5. Berbincang dengan anak dulu sebelum mula.

Ni ummi buat beberapa bulan sebelum mula. Untuk pastikan si abang sudah bersedia dari segi mental. Dan si abang akan rasa dihargai bila kita berbincang dengannya dahulu.

 

6. Hari-hari awal lazimkan/ rutinkan anak ke toilet setiap 10 minit (kalau mampu).

Ummi buat setiap setengah jam. Hahaha, tak larat nak ajak setiap 10 minit.

 

7. Puji dan bagi galakan pada anak bila berjaya membuang di tandas.

8. Sentiasa cool jika anak tercicir di mana-mana bahagian rumah.

Cool tu maksudnya tenang, tak marah dan membebel. Kalau kita marah nanti mood anak tak ok dan akan drag tempoh toilet train lagi lama. Sebab anak akan fikir, nak pakai pampers semula lah, ummi asyik marah kalau terknc* dan terbe* di lantai.

Oh ya, kalau rumah ada karpet ke tikar ke, silalah gulung siap-siap kalau kisah nak kena basuh setiap kali anak terlepas di situ.

 

9. Bawa anak ke toilet lepas bangun pagi, sebelum keluar rumah, sebelum tidur.

 

10. Pastikan konsisten tidak memakai pampers agar anak tidak ‘confius’.

Tak bolehla hari ni tak pakai, esok pakai pula sebab ibu tak larat. Lusa tak pakai balik. Nanti anak pening dan masa akan terdrag lagiiii

 

11. Saya mulakan dengan awal-awal anak tidak pakai seluar.

Ni pun supaya dia tidak ‘confius’ dan boleh tahu, kenal dan sedar perasaan nak membuang tu macammana.

 

12. Secara berperingkat, bagi anak pakai seluar selepas dia stabil membuang di tandas.

 

13. Setiap hari remind anak, kalau nak buang air bagi tau ya. Buang air di tandas.

Paling penting, dalam kepala makmak kena semat, anak praktis ni mesti akan ada tercicir. Semat awal-awal supaya mak-mak tak bertukar jadi incridible hulk. hehe

Alhamdulillah, lepas 3 bulan ummi toilet train si abang, abang dah betul-betul stabil kencing berak di tandas. Sekali sekala je terbabas masa tidur siang dan kalau si abang pergi menahan je hmmm. Sekarang ni, saya masih pakaikan pampers masa tidur malam.

Banyak sebenarnya kejadian-kejadian untuk dikenang sepanjang toilet train si abang ni. Pernah tercicir di restoran, pos ofis dan lain-lain tempat yang besar dan kecil masing-masing ada..haha.

Takpelah, bak kata orang, pengalaman mematangkan kita. Matangkan ummi supaya tak perfect dan gelabah tak tentu pasal. Dan mematangkan abang supaya lepas ni taknak cicir merata-rata.

 

Alhamdulillah~

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *